sangat lama saya tidak meng-update blog.. mungkin ada yg tertanya2 kenapa setelah sekian lama saya tidak menulis kenapa tiba2 hari ini saya tergerak hati utk membelek semula blog ini.. mungkin kerana hari ini saya merasakan satu semangat baru dan ingin berkongsi apa yang saya rasa dan lalui dgn anda.
semalam berlaku sedikit perbalahan antara saya dan mama. bukan sedikit, mungkin ini kali pertama saya merasakan amat derhaka dgn ibu saya sendiri sampaikan kami sama-sama meninggikan suara.. ini semua terjadi apabila ibuku dan saudara2 terdekatku mempersoalkan keinginanku menjadi seorang doktor. Ya Allah, ampunkan dosaku. semuanya bermula selepas solat maghrib semalam. selepas siap berjemaah bersama 2 org ibu saudara ( cik in dan cik bi) dan mama, mereka cuba berbicara. menanyakan apa yang aku ingini dalam hidup.. hati aku merasa sangat hiba. mengenangkan rakan2 yang akan meninggalkan malaysia, merantau ke luar negara sedangkan aku hanya berada di UM.. sememangnya aku amat bersyukur dengan rezeki yang telah aku dapat. bila dikenangkan balik apa yang telah aku lalui sepanjang menghadapi SPM, aku sendiri tidak pernah menyangka aku setabah itu.
mengenangkan kembali apa yang berlaku sepanjang 2010, hati aku merasakan sesuatu. dulu aku seorang anak yang amat manja. tidak pernah bersusah.. apa yang aku mahu semuanya ada di depan mata. mengapa tidak, sepanjang aku berada di SMK Zainab 1, aku tidak pernah berada di sekolah (stay back) sementara menunggu kelas tambahan atau latihan rumah sukan atau pun untuk aktiviti persatuan. jika waktu pulang adalah pukul 2 petang, arwah ayah akan datang untuk menjemputku di hadapan pagar sekolah untuk membawaku pulang, mandi, makan dan menghantarku semula ke sekolah pada pukul 3. aku diasuh menjadi seorang anak yang amat bergantung harap kepada ibubapa.
17 ogos 2010, ayahku disahkan menghidap kanser oesaphagus peringkat ke-4. sejak itu, aku mula berfikir. mula belajar untuk menjadi anak yang berdikari. aku masih ingat, hari pertama ayahku disahkan menghidap kanser adalah hari pertama aku menhadapi ujian trial SPM. sepanjang ujian itu, aku berada di rumah ibu saudaraku. pagi ke sekolah, petang menjenguk ayah di hospital dan malam ulang kaji utk ujian. setiap kertas ujian aku basah dgn air mata. menangis mengenangkan nasib. aku tidak meletakkan sepenuh tumpuan utk ujian. keluarga adalah keutamaan ku. alhamdulillah aku lulus ujian percubaan SPM dgn 10A. begitulah yang dikatakan rezeki utk mereka yang sabar.
selepas trial, aku banyak tidak hadir ke sekolah. aku banyak menghabiskan masa di rumah bersama ayahku dan memberi kata2 semangat utk ayah meneruskan hidup. ayah ku pernah berkata, " abah akan usaha utk hidup demi anak2, nak tgk anak2 berjaya". sepanjang menjaga ayah yang sakit, aku sering memberi nasihat dan motivasi utk abah. sehinggalah ke nafasnya yang terakhir. sehari sblm abah kembali menemui Ilahi, abah memesan "adik jgn sedih, abah redha dgn takdir abah". aku bersyukur hari terakhir abah di dunia akulah orang yang berada disamping abah, memegang tangan abah dan memintanya mengingati Allah yang Esa.. aku tahu abah seorng yang sabar. tidak pernah sekali mengeluh dgn nasib yang ditanggung.
abah pergi menemui Ilahi seminggu sblm aku menghadapi SPM. kehilangan orang yang kita sayang bukanlah seteruk yang aku sangka. aku dapat menghadapi dgn hati yang tenang. aku sudah bersedia dan redha dgn semuanya. selepas pemergian abah aku bertekad untuk menjadi seorang doktor.
namun selepas SPM aku menghadapi cubaan dr orang2 sekeliling. ramai yang mempersoalkan keputusanku untuk menjadi seorang doktor. adakah aku layak menjadi seorang doktor? mampukah aku? impianku utk menjadi doktor mula goyah. namun, kelmarin seorang bapa saudaraku datang ke rumah dan memberitahuku apa yang abah ingini. "ABAH NAK TGK NA JADI DOKTOR"
YA ALLAH, KUATKANLAH SEMANGATKU, TETAPKANLAH HATIKU, LUASKANLAH DADAKU UNTUK MENERIMA ILMU.. JADIKANLAH AKU SEORANG DOKTOR YANG BAIK JIKA ITU ADALAH TAKDIR YANG TERBAIK UNTUKKU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


sna~
ReplyDeleteboleh punya! insyaAllah!
tunaikan gapo hok arwah ayah na nak. :)
goodluck na!